HIG PROPERTY SDN BHD adalah merupakan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang mana telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2005.Kegiatan utama Syarikat ini adalah terlibat di dalam bidang kemajuan hartanah dan kontraktor binaan.
HIG PROPERTY SDN. BHD. mempunyai 6 orang pengarah yang terdiri daripada:-
  • Azizan Bin Ismail
  • Aziz Bin Ismail
  • Abu Bakar Bin Ismail
  • Roslee Bin Ismail
  • Rosna Binti Ismail
  • Rosni Binti Ismail
Aktiviti yang sedang rancak dilaksanakan sekarang ialah syarikat sedang mengendalikan satu projek pembinaan 1 blok Kompleks Komersil yang mengandungi:
  • Tempat Letak Kereta ( Tingkat Sub-Basement )
  • 2 Tingkat Kompleks Perniagaan ( Tingkat Bawah-Tingkat 1 )
  • 9 Tingkat Hotel ( Tingkat Bawah – Tingkat 8 )
Di atas Lot yang sama juga akan dibina 1 blok bangunan bazaar perniagaan setingkat yang mengandungi 38 unit gerai perniagaan dan 4 unit gerai makan serta kemudahan-kemudahan lain yang meliputi depo sampah, pencawang tnb, surau, bilik mekanikal dan elektrikal.
Projek tersebut dijalankan di atas Lot 716 (Lot Baru 1852), Mukim Kuah, Langkawi, Kedah.
Antara projek-projek yang telah berjaya dilaksanakan ialah pembinaan lot-lot premis perniagaan di Pantai Chenang, Langkawi. Premis-premis tersebut telah disewakan kepada 7 orang penyewa di mana bayaran yang diterima setiap bulan daripada penyewa-penyewa tersebut merupakan pendapatan masuk untuk Syarikat.
Selain itu, pembinaan pondok pengawal dan tempat parking kenderaan di Syarikat Perniagaan Haji Ismail Sdn. Bhd. juga merupakan salah satu projek syarikat yang telah berjaya dilaksanakan.
Bekalan bahan-bahan mentah untuk projek pembinaan seperti kayu,  besi,  konkrit,  plywood,  scaffolding,  barang-barang  hardware dan  lain-lain  lagi  kebanyakan diperolehi  dari pembekal-pembekal yang terdapat di sekitar daerah Langkawi. Segelintir pembekal dari Kedah dan Pulau Pinang.
Berikut ialah senarai pembekal-pembekal yang selalu berurusan dengan Syarikat :-
  • Billion Power Hardware & Ceramic Sdn. Bhd.
  • Baiduri Heights Sdn. Bhd.
  • Hanson Building Materials Malaysia Sdn. Bhd.
  • H.E. Trading (Langkawi) Sdn. Bhd.
  • Sengle (P.Langkawi) Hardware Engineering Sdn. Bhd.
  • Smart Ceramic Trading
  • SBA Aluminium & Glass
  • UC Hardware & Timber (L) Sdn. Bhd.
  • T.H.E. Concrete Sdn. Bhd.
  • Mudajaya Langkawi Engineering
  • Multiquip Trading (Langkawi) Sdn. Bhd.
  • Hill Sand Enterprise
  • As-Pertama Engineering Sdn. Bhd.
  • Pensoon Hardware Sdn. Bhd.
  • SK Mega Scaffolding Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment